Rokok merupakan silinder dari kertas berukuran
panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan
diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicincang.
Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya
dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.
Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang
bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa
serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin.
Rokok biasanya dijual dalam bungkusan
berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam
kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai
dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan
akibat merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.
Manusia terawal di dunia yang merokok adalah
suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada
abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian dari para
penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau
ke Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan
Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan pemujaan,
orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para
pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus
menular ke negara-negara Islam.
alkoho
Menurut Kamus Dewan Bahasa:
Alkohol
ialah cecair yang mudah terbakar dan memabukkan yang terdapat dalam minuman
keras.
Menurut Mu’jam Lughah al-Fuqaha:
Alkohol
ialah suatu agen atau unsur yang memabukkan yang terkandung dalam sesuatu bahan
iaitu arak.
Dari Sudut Sains:
Alkohol adalah nama yang digunakan dalam
kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi OH. Ia juga
merupakan bahan cecair tanpa warna yang dihasilkan menerusi dua pemprosesan,
pertama menerusi fermentation (penapaian), iaitu proses khas untuk menghasikan
arak, dan kedua menerusi bahan kimia, iaitu proses bagi menghasilkan alkohol
daripada petroleum. Hasil pemprosesan ini dikenali juga sebagai etanol atau
etil alkohol. Umumnya, alkohol dan arak merupakan dua entiti yang berbeza di
mana alkohol lazimnya terdapat di dalam proses pembuatan arak, tetapi alkohol
itu pada zatnya sendiri adalah bukan arak. Ini kerana, perbezaan yang ketara di
antara alkohol dan arak ialah alkohol tidak memabukkan tetapi ia mematikan bagi
sesiapa yang meminumnya dalam kuantiti yang banyak, manakala arak pula sifatnya
memabukkan tidak mematikan.
No comments:
Post a Comment