Saturday, 20 September 2014

Apa itu Rokok ?





Rokok merupakan silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicincang. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.

Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin.

Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.

Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.

alkoho
http://qalbumurabbi.blogspot.com/2012/09/isu-hukum-penggunaan-alkohol-dalam.htmll


Menurut Kamus Dewan Bahasa:
 Alkohol ialah cecair yang mudah terbakar dan memabukkan yang terdapat dalam minuman keras.

Menurut Mu’jam Lughah al-Fuqaha:

 Alkohol ialah suatu agen atau unsur yang memabukkan yang terkandung dalam sesuatu bahan iaitu arak.

Dari Sudut Sains:

Alkohol adalah nama yang digunakan dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi OH. Ia juga merupakan bahan cecair tanpa warna yang dihasilkan menerusi dua pemprosesan, pertama menerusi fermentation (penapaian), iaitu proses khas untuk menghasikan arak, dan kedua menerusi bahan kimia, iaitu proses bagi menghasilkan alkohol daripada petroleum. Hasil pemprosesan ini dikenali juga sebagai etanol atau etil alkohol. Umumnya, alkohol dan arak merupakan dua entiti yang berbeza di mana alkohol lazimnya terdapat di dalam proses pembuatan arak, tetapi alkohol itu pada zatnya sendiri adalah bukan arak. Ini kerana, perbezaan yang ketara di antara alkohol dan arak ialah alkohol tidak memabukkan tetapi ia mematikan bagi sesiapa yang meminumnya dalam kuantiti yang banyak, manakala arak pula sifatnya memabukkan tidak mematikan.

Apa itu DADAH ?





Definisi Dadah

Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "Drug", perkataan "Use", "Misuse" atau "Abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.




Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenios bahan yang mendatangkan memudaratan kepada kesihatan seseoarang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.




Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman ini bersandarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-Hadis) kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu memabukkan atau terdapat dan membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat. Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud:



"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan……" (Surah Al-Baqarah : 195)
Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al – Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Mahkluf dalam kitabnya, "Fatwa Al – Syari'iyah (muka surat 184) bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan.
Berdasarkan kepada ayat-ayat Al – Quran dan Hadis para ulama menjelaskan bahawa penyalahgunaan dadah hukumnya haram. Pengharaman ke atas dadah meliputi semua kegiatan yang berkaitan dengan seperti yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah s.w.a. pernah melaknat tentang khamar.

"Rasulullah s.a.w melaknat tentang khamar, sepuluh golongan, (1) pembuatnya, (2) pengedarnya, (3) peminumnya, (4) pembawanya, (5) pengirimnya, (6) penuanganya, (7) penjualnya, (8) pemakan wang hasilnya, (9) pembelinya, (10) pemesannya."

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2011/03/dadah-daripada-segi-agama-islam.html#ixzz3BjY2UQo2


Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2011/03/dadah-daripada-segi-agama-islam.html#ixzz3BjXuVYj9




VISI & MISI




SMK TAMAN SERI SAUJANA


VISI PPDa :

Sekolah Bebas Dadah

MISI PPDa :

Melahirkan murid bebas dadah melalui Program PPDa yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum dan kokurikulum dan pembangunan sahsiah